Muncul Di Homestay



Lembaga Putih Muncul Di Homestay

Rasanya tak banyak cerita mengenai pengalaman seram di Homestay. Kali ini saya ingin menceritakan pengalaman seram kami sekeluarga ketika menginap di sebuah homestay di Jitra, Kedah ketika menghadiri majlis konvokesyen di UUM.

Memandangkan adik saya sekeluarga ingin menghadiri majlis konvokesyen saya, jadi kami berpendapat adalah lebih jimat sekiranya kami menyewa Homestay daripada hotel. Kami sampai di homestay tersebut dalam pukul 4 petang dan homestay berkenaan merupakan rumah teres 2 tingkat. Rumah tersebut memang cantik dan bersih.
Sekembalinya daripada makan malam di kawasan berhampiran, kami perasan ada bau wangi dalam rumah tersebut tapi kami beranggapan mungkin ianya bau pewangi yang diletakkan di dalam rumah tersebut. Selepas berborak, bapa saya naik ke atas untuk merehatkan diri dan saya dan adik saya terus berborak di bawah. Semasa saya sedang mencuci cawan di dapur, tercium bau seperti bau pandan yang agak kuat dari bilik mandi yang terletak di dapur.
Tak semena sema bulu roma saya berdiri dan kaki terasa lain sahaja. Percaya atau tidak, saya nampak lembaga putih keluar drpd lorong kecil yang terletak bersebelahan dengan bilik mandi tersebut. Yang saya ingat, lembaga putih tu tak solid, mcm cahaya lampu kalimantang sahaja tapi di bahagian muka, nampak hitam sahaja.Saya terus berlari naik ke atas.
Malam tu, saya bermimpi yang lembaga tu marah sebab saya ganggu tempat dia. Bapa saya pula kena ganggu semasa tidur. Lembaga tu datang dan berdiri sebelah bapa saya dan suruh bapa saya bawa kami sekeluarga keluar dari rumah tu. Adik saya sekeluaga pun tak boleh nak tidur.
Laki dia bagitau yang dia nampak lembaga putih sedang merenung mereka kat penjuru bilik. Malah, ketika beliau turun ke dapur pada waktu malam, dia nampak ada lembaga tu sedang berdiri di singki dan menyebabkan beliau tidak jadi minum.
Memandangkan sessi konvokesyen saya pada waktu pagi, saya memandu sorang diri ke UUM selepas waktu subuh manakala bapa dan keluarga yang lain akan menyusul kemudian. Percaya atau tidak, semasa saya memandu keluar dari kawasan rumah berkenaan, saya nampak ada lembaga hitam duduk di kerusi belakang. Yang lebih teruk,saya langsung tak nampak jalan apabila saya melihat cermin pandang belakang.
Yang saya nampak, cuma hitam sahaja walhal di kiri kanan lampu jalan menyala sampai saya tersesat dan memandu menghala arah pulang ke Kuala Lumpur. Sampai di tol Hutan Kampung, baru saya perasan ada yang tak kena dan saya terus membaca ayat kursi dan 3 Qul dan berdoa akan segalanya dipermudahkan. Syukurlah saya berjaya juga ke UUM Sintok tepat pada masanya.
Esoknya, semasa kami bertolak balik ke Kuala Lumpur, jiran sebelah rumah bertanya kepada saya samada kami ada mengalami benda pelik atau pun tidak semasa menginap di homestay tersebut. Menurutnya, memang mereka perasan ada yang tak kena dengan rumah tersebut dan tuan rumah tersebut pun hanya tinggal di rumah berkenaan tak sampai setahun sebab ada gangguan.
Malah, banyak penyewa homestay berkenaan yang kena ganggu. Mcm mana pun, bagi saya homestay berkenaan memang selesa cuma gangguan drpd ‘penghuni’ yang tidak nampak sahaja yang menyebabkan kami tidak selesa.-cari.com.my


Sumber

LihatTutupKomentar