Tarik Rambut Hantu Didalam Tandas
| | | | Petir sabung-menyabung menyebabkan aku tersedar dari tidur. Aku memandang rakan sebilik yang sedang tidur lena. Suasana sejuk membuat aku terasa hendak buang air kecil. Kerana tidak sampai hati hendak mengejutkan rakan yang penat bermain bola jaring petang tadi, aku beranikan diri ke tandas seorang diri. Dada ku berdegup kencang ketika melangkah masuk ke bilik air. Memang tidak pernah aku ke situ seorang diri. apatah lagi dalam hujan ribut begitu.Aku cepat-cepat membuang air kecil dan menarik pam. Entah kenapa tali pam tu terasa lain sekali. Ku terasa bulu roma ku meremang. Aku memandang ke atas dan rasa hendak terkeluar jantung ku apabila melihat bukan tali yang aku tarik tapi rambut seorang wanita hodoh yang duduk bertenggek di atas pam sambil tersenyum menyeringai menunjukkan taringnya. Aku menjerit dan menerpa pintu. Apabila ku selak daun, pintu dia betul- betul berada di hadapan ku. Matanya terjojol merah, terasa lidahnya menyentuh muka ku. Aku menjerit sekuat hati dan pandangan ku menjadi gelap. Apabila ku sedar aku berada di dalam bilik. Kawan-kawan mengelilingi aku. Menurut mereka, aku di temui pengsan di depan tandas. Aku demam seminggu .Sejak itu, aku tidak berani ke tandas seorang diri. | | | |