Kisah Seram - Hantu pocong main tingkap

- Hari ini hari khamis malam jumaat. Jam sekarang pukul 3:14 AM. Aku tak tidur lagi sebab demam  dari semalam lagi. Suasana bilik aku sekarang ni betul2 buat aku flashback pengalaman aku diganggu pocong dulu. Tingkap bilik terbuka luas, floor sunyi dengan romate2 aku yang tengah sedap tidur.


Masa tu aku belajar di kolej matrikulasi johor tahun 2008/2009. Aku dapat bilik tingkat 2, room A 2.1 tak silap aku lah, dengan romate aku pada masa tu bijan, naim dan arep. Nak dijadikan cerita aku ni jenis study  dapat mood last2 minute and siapkan kerja last2 minute. Masa matrik benda paling malas aku nak buat adalah lab report. Aku pulak jenis tak suka copy2 kerja orang. So kalo esok nak kena hantar lab report, malam tulah aku struggle gila2 nak siapkan lab2 report aku.


Malam pertama - pukul 2 pagi


Malam tu, dalam pukul 2 pagi. Aku baru lah nak dapat mood nak wat lab report kimia aku yang dah lame tergendala tuh. Macam biasa esok nak kena hantar dan seperti biase malam2 macam ni romate2 aku dah mula tidur. Naim memang slalu tidur awal, bijan pulak sharp timing pukul 2 pagi je die tidur memang disiplin habis. Arep pulak tak tentu kadang2 awal and kadang2 lewat. Malam tu suma tidur dalam pukul 2 pagi. Matrik johor ni pulak time kol 12 malam je kena tutup lampu . So aku pon struggle la nak siapkan lab report aku dengan berteman kan lampu meja aku je time tuh.


Malam pertama - pukul 3 pagi


Masuk pukul 3 pagi aku masih tak tido lagi biase dalam kol 4 pagi baru aku siap so barulah boleh tido.


Tiba-tiba... "Trakk...Trakk...Trakk!" aku dengar bunyi tingkap bilik aku diketuk. Aku pun toleh belakang untuk tengok kalo ada apa2 kat tingkap tuh . Aku tengok tingkap bilik aku terbukak luas tapi tak ade pape. Aku tengok jam tangan aku tepat kol 3 pagi. Dalam hati, aku rase " x de pape kot... perasaan aku je" , so aku pon sambung buat lab report aku.


Tiba-tiba... "Trakk...Trakk...Trakk!" lagi sekali aku dengar tingkap aku diketuk. Kali ni lagi kuat and kali kedua ni buat aku yakin yang bunyi tu bukan perasaan aku je. Kali ni jugak aku tak toleh belakang untuk melihat kalo2 ade pape kat tingkap aku tu. Dalam ati habis aku mencarut " Sial tol! asal la aku yang kena kaco malam2 ni...  aku dok tingkat 2 tak kan la ade org nak maen tingkap malam2 ni ". Nak tak nak, aku kena gak siapkan lab report aku malam tu. So, aku pun membrani kan diri aku untuk terus siapkan lab aku berbekal kan handphone walkman yang aku ade, aku pakai earphone and terus pasang lagu kuat2. Siap lab aku terus tido mati.


Malam kedua


Malam kedua tak ada pape yang berlaku sebab aku tak de lab nak kena hantar. "Yeay... ". aku tidur awal malam tu.


Malam ketiga - pukul 2 pagi


Esok nak kena hantar lab fizik "ala... kenalah stay up lagi malam ni....". Malam tu macam biasa masuk kol 2 pagi romate2 aku dah tido. Tinggal lah aku kesorangan struggle wat lab report aku.


Tiba-tiba... "Trakk...Trakk...Trakk!" skali lagi tingkap aku bunyi seperti diketuk lewat malam2 ni. Dalam hati, aku reda "kena kaco lagi aku malam ni...". aku tengok jam kol 3 pagi..."agak bende2 ni kol 3 pagi baru aktif... sigh . aku pon mula bukak laci meja study aku dengan harapan ada earphone so boley dengar lagu kuat2. Alamak tak de pulak. Mana pulak aku letak earphone aku ni. Habis rak2 buku aku geladah tapi tak jumpa. Last2 aku tekad continue je wat lab aku.


Tapi... "Trakk...Trakk...Trakk!" lagi sekali bunyi tingkap aku diketuk terus membuatkan aku seram sejuk  and tak boleh continue wat lab aku. aku pon decide untuk tido terus malam tu and continue buat lab report aku tu pagi esok dalam lecture. Bawah ni aku provide pandangan atas bilik aku kat matrik untuk korang faham situasi yang berlaku selepas ini sebab agak complicated.

So aku pon baring la atas katil aku nak tido. Aku tido macam kat atas tu. Aku tegakkan bantal aku and peluk macam tuh. Aku pon baring2 la amik mood nak tido. Nak kata aku ni penakut tak de lah takot sangat, nak kata berani... cuak2 jugak, so kire biase2 jela. Susah pulak nak tido sebab seram2 sejuk je kena kaco dari tadi. Tambahan pulak aku nye katil sebelah tingkap. Lagi bertambah2 la cuak aku malam tu. Aku pon pejamkan mata and tido. Aku tido mengadap tingkap sebab aku selesa kepala toleh kanan sambil meniarap... senang tido.

Tiba-tiba... "Trakk...Trakk...Trakk!" lagi sekali tingkap kaca bilik aku diketuk. Masuk ni dah 3x malam ni aku dengar. Dah lah aku sebelah tingkap so for sure la I'm not imagining things and bende ni betul2 kaco aku. Habis clear and yakin lah aku dengar. Aku pon bukak mate tengok tingkap aku yang terbukak luas tuh. Memang tingkap ni selalu terbukak aje sebab panas dalam bilik, biar angin masuk. Lame aku tengok tingkap tu. Dalam hati aku pikir " nak tutup ke tak ek tingkap ni?....hmmm kang nasib aku x baik... tengah2 nak tutup tingkap muncul kepala pontianak depan aku naiya je...".

Aku malas nak layan bunyi2 nih so aku pon pusing lah kepala toleh ke kiri... mengadap meja study aku. Tiba-tiba... aku ternampak dalam cermin ada lembaga putih lalu kat tingkap. Cemas dan bedebar suma perasaan aku rasa time tuh and bende nih berlaku sangat pantas. Aku nampak kelibat putih tu lalu dalam cermin so aku pon terus lah toleh ke kanan untuk melihat apa yang lalu kat tingkap aku tadi.
Tapi... tak ade pape kat tingkap and time tuh jugak lah aku perasan yang bantal aku bukan berada dalam peluk kan aku. Sebaliknya bantal aku ada disebelah aku...aku cemas and panik kerana kalo bukan bantal yang aku peluk... apa yang aku tengah aku peluk ni!. Aku pon membrani kan diri untuk menjeling kebawah, and dari situ lah aku nampak bahu yang dibaluti kain putih sedang aku peluk dengan rapi. Aku tengah peluk POCONG! "Arghhhhhhhh!!! aku menjerit tapi tiada suara yang dapat keluar dari mulutku. Aku langsung tak berani untuk toleh kebawah sebab aku yakin kalo aku toleh pasti aku akan ternampak muka pocong ni. Dalam hati habis aku mencarut " Sial la asal la aku kena ni....sial3x!". Aku pejam je mata and cuba untuk lepaskan pelukan aku... tapi semakin aku meronta2 untuk melepaskan pelukan aku... semakin kuat aku peluk pocong tu sehingga lengan aku, kiri and kanan terasa sakit sebab badan pocong tu yang keras macam batu.

Aku mula beristighfar " Astaghfirullahalazim3x ".... aku bukak mata and jeling tapi pocong tu masih lagi dalam pelukan aku. Aku hilang arah dan tak tahu nak buat apa. Aku mula give up sambil memejamkan mata dan berserah kepada Allah aku menyebut2 "Allahu akbar3x..." tiba aku dapat rasakan pelukan aku terlepas dan bila aku bukak mata pocong tu dah tak ade. 

Aku sangatlah bersyukur kerana telah terselamat dari gangguan pocong tadi. Peluh mula membasahi badan aku . Aku tengok bijan yang tido disebelah aku tengah nyenyak dibuai mimpi. Aku pon mengambil keputusan untuk terus tido and tidak mengganggu sape2 pada lewat malam itu. Aku capai bantal aku semula and selubung badan aku dengan selimut. Aku pon tido.

Keesokkan paginya, aku pon cerita lah pengalaman aku diganggu pocong malam tadi kat romate2 aku. Dak2 praktikum aku and dak2 kuliah sume dapat taw. Ade sorang dak praktikum aku ni student PDT (pelajar dua tahun kot... tak ingat sangat) so die pon cerita lah tahun lepas blok B kat KMJ tuh ada la kena gangguan pocong tapi ada sorang student ni die ada ilmu sikit so die pagar... so selamat. Blok A yang aku duduk tu clean tak de cerita pulak. Ustaz aku pulak cakap dalam dunia ni mana ada hantu or roh yang tak tenang... yang dah mati tak kan bangkit selagi belum tiba hari kebangkitan iaitu hari kiamat. Dalam dunia ni yang ada hanyalah manusia, jin  dan syaitan. Syaitan ni yang suka menyerupai dan menjelma untuk menganggu manusia. Yang penting kita tak lupa meningati Allah . Wallahualam...


LihatTutupKomentar